Jumat, 28 Februari 2014

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan – Nik Aziz

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan - Nik Aziz


PETALING JAYA- Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
“Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.
“Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. – BERNAMA

Rabu, 26 Februari 2014

Dr Mohamed Morsi Isa al Ayyat



sejarah, asal usur, sedikit, ringkas, info, latar belakang, biodata, dr mohamed morsi, presiden baru mesir, siapa, gambar, menang, pilihanraya, kata, hafal quran, ibu, kahwin, isteri, pengajian, belajar, lantik, beliau, dakwah, politik, khidmat, bagus, penjara, dan, penangkapan, nasa, tahun, cergas, ikhwanul muslim, jemaah, zalim, perang, pejuang, rujukan,<a href=http://lamankongsi.com/> sumber</a>
Kenali Siapa Dr Mohamed Morsi ?



Biodata & Latar Belakang

Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran tinjauan bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah
 (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr.Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

sejarah, asal usur, sedikit, ringkas, info, latar belakang, biodata, dr mohamed morsi, presiden baru mesir, siapa, gambar, menang, pilihanraya, kata, hafal quran, ibu, kahwin, isteri, pengajian, belajar, lantik, beliau, dakwah, politik, khidmat, bagus, penjara, dan, penangkapan, nasa, tahun, cergas, ikhwanul muslim, jemaah, zalim, perang, pejuang, rujukan, sumber



"Saya telah diberi kuasa memerintah Ente, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan Ente. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah Ente kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, Ente berhutang kerana saya tidak taat. "

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!
 

Selasa, 25 Februari 2014

Pulau angkat sumpah Parlimen gesa NGO


  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini Jun 6 2013
 
Gabungan NGO yang percaya terdapat penipuan dan ketidakaturan besar-besaran dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu menggesa wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadual pada akhir Jun ini.

Jurucakap kumpulan itu Haris Ibrahim berkata, mereka akan memulakan kempen dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu ini juga.

NONEBercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Haris berkata, keraguan terhadap profesionalisme, ketelusan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta petisyen yang sedang berjalan membuatkan timbul syak berhubung keputusan pilihan raya.

Haris berkata, pemulauan acara pada 24 Jun itu juga akan menguatkan bantahan Pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan di seluruh negara,

Katanya lagi, tidak timbul isu berhubung kerugian kerana tidak mempunyai suara dalam Parlimen jika tindakan itu diambil.

"Lima puluh satu peratus pengundi sudah pun ditipu dalam proses untuk menentukan siapa yang akan mentadbir Putrajaya dalam sistem sedia ada," tambahnya.

Senin, 24 Februari 2014

7 Jenis Kucing Paling Langka


Kucing merupakan hewan pliharan yang lucu banyak orang memelihara kucing sebagai hobi namun taukah Ente ternyata di dunia ini ada lho kucing kucing langka yang jarang Ente ketahui Ente ingin tahu kucing apa aja itu simak berikut ini.
1. Andean Montain Cat
The Andean Mountain Cat merupakan kucing yang sangat langka di perkirakan populasi kucing ini sekitar  2500 yang banyak di temui di daerah  pegunungan Bolivia, Peru, Argentina, dan Chile. Kucing ini memiliki  panjang hampir 2 meter.

2. Pallas Cat
Pallas The Cat (Otocolobus manul) disebut juga “Manul”. Kucing ini terlihat sangta besar sebenarnya ukuranya sama dengan kucing biasa namun karena bulunya yang tebal membuat kucing ini terlihat lebih besar dari kucing biasanya. Wajah kucing ini juga terlihat aneh dengan wajah bulat dan memiliki sedikit gigi kucing ini banyak di temukan di daerah Eropa, kucing ini juga merupakan sepsis kucing tertua di dunia yang telah berkembag sejak 12 tahun yang lalu.
3. Margay Cat
Sebenarnya ini adalah kucing rumahan namun ukuranya lebih kecil dan memiliki kakai yang cukup panjang , kucing ini jarang terlihat di siang hari sebap kucing ini lebih suka berburu di malam hari, kucing ini bayak di temukan di daerah Meksiko dan Brazil.
4. Fishing Ca
Kucing jenis ini bisa di temukan di daerah Asia dan Asia Tengara dimana kucing ini lebih suka tingal di dekat air sebap ikan merupakan makannan pokok kucing ini, kicing ini terancam punah akibat lahan basah yang di keringkan untuk pemukiman manusia.
5. Serval Cat
Serval merupakan kucing afrika yang memiliki kaki yang panjang yang di yakini sebagai nenek moyang dari singa dan citah, kucing ini banyak terdapat di daerah padang savana di Afrika.
6. Caracal Cat
Kucing ini dapat hidup dengan baik di daerah gunung dan gurun dan memiliki kemapuan bertahan hidup yang tinggi dengan tidak minum dalam jangka waktu yang panjang, kucing ini bisa di temukan di daerah Asia dan Afrika dan bayak orang memelihara kucing ini sebagai hewan pliharan.
7. African Golden Cat
Kucing ini tidak selalu berwarna emas terkadang bulu bulu kucing ini berwarna berfariasi mulai dari emas kemerahan menjadi abu-abu gelap dengan tanda khusus . Kucing ini dapat di temukan di daerah hutan hujan katulistiwa di Afrika . Kucing ini juga di masukan kedalam hewan yang akkan terancam punah dari bumi ini.

sumber

Minggu, 23 Februari 2014

Kim Kardashian Ditawar RM750 Ribu Untuk Dokumentari


Kim Kardashian Ditawar RM750 Ribu Untuk Dokumentari
Kim Kardashian Ditawar RM750 Ribu Untuk Dokumentari - BERITA kehamilan Kim Kardashian nampaknya boleh membawa kuntungan yang besar apabila sebuah laman web menawarkan kerjasama untuk mendokumentasikan kandungannya itu.
Menurut laporan RadarOnline, laman web ‘MyPregnancy.com’ tertarik dengan wajah keturunan Armenia yang dimiliki Kim dan menawarkan RM750,000 ($250,000) sebagai ikon posternya.
Menerusi surat untuk Kim yang disimpan oleh RadarOnline, pengasas ‘MyPregnancy.com’ iaitu David Dginguerian berkata laman web tersebut merupakan laman berbayar dan ingin mengtinjauankan sebuah dokumentari khas tentang kehamilan Kim agar ia dapat disumbangkan kepada ‘Christian Charity’.
Sebagai bonus, Kim yang mengandung anak penyanyi rap Kanye West itu ditawarkan sejumlah wang besar, selari dengan populariti yang dimilikinya. – Informasi Dot My

Sabtu, 22 Februari 2014

Hanya Sempat Laram Sebulan


TANJUNG MALIM – Seorang anggota polis berpangkat koperal, maut digilis setelah motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Slim Lama, berhampiran Taman Malim, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Koperal Ramlan Ludin, 37, yang bertugas di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor maut di tempat kejadian selepas tercampak sebelum digilis sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Allahyarham yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Malim Prima, di sini difahamkan baru sahaja membeli motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 itu, sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang wanita  keluar dari Taman Perumahan Malim menuju ke lokasi pusingan U.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi berkenaan, Ramlan, yang datang dari arah Tanjung Malim menuju Proton City tidak sempat mengelak menyebabkan rempuhan berlaku.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan. Mangsa cuba bangun, namun gagal dan dirempuh sebuah kereta Proton Saga BML.

“Mangsa yang berasal dari Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, tangan, perut dan kaki,” katanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Slim River dan jenazahnya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dikebumikan.

Othman berkata, kedua-dua pemandu kereta dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum keterangan diambil.

”Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Allahyarham yang mempunyai empat orang anak, menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1997 dan meminati aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi. – Sinar Harian

Jumat, 21 Februari 2014

Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib dihentikan


keadilandaily
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 27 Julai: Semakan ke atas perbelanjaan luar perancangan dan belanja tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri berjumlah RM11.8 bilion mengatasi jumlah cukai eksais dan cukai import yang dikenakan ke atas kereta.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu meliputi tiga kategori iaitu perbelanjaan di luar perancangan, peningkatan belanja mengurus Jabatan Perdana Menteri(JPM) dan peningkatan belanja pembangunan JPM.
“Contoh perbelanjaan di luar perancangan oleh Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 blion), Bantuan Kembali Ke Sekolah (RM530juta) dan Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta).
“Begitu juga pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia, serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang jelajah Janji Ditepati yang dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
 
Menurut Rafizi, sejak Najib menjadi PM pada 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh JPM juga naik mendadak.
“Secara puratanya dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012, perbelanjaan mengurus JPM telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RM4.6 bilion,” jelas Rafizi.
“Sebab itu KEADILAN yakin, rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan PM dihentikan,” katanya.

Tambah Rafizi, jumlah ini tidak termasuk pengumuman segera yang dibuat Najib di setiap kawasan yang dilawatinya, sepanjang jelajah Janji Ditepati.
“Ada tempat yang sepatutnya untuk mengagihkan duit ini kepada rakyat. Bukannya mengumumkan peruntukan segera dengan menggunakan program Janji Ditepati, seolah-olah duit ini, duit mereka,” tegas Rafizi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais yang diganti dengan sumber pendapatan baru akan diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mekanisme ini akan diumumkan Datuk Seri minggu depan sekembalinya beliau dari ibadah umrah,” kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Kamis, 20 Februari 2014

Jom Layan 50 Teka Teki Best

Jom kita layan teka-teki pulak, asyik cerita hal-hal dalam kain orang je kan..haha..sekali sekala layan kecekapan dengan menjawab teka-teki ni, boleh mengasah minda kot..kalau tak pon boleh la nak tipu sunat anak-anak buah ke kawan-kawan ke..

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu.
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal…
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

Rabu, 19 Februari 2014

Cara Makan yang Tepat Saat Diet

Anda sedang melakukan program diet, tetapi tidak juga menunjukkan tinjauan? Mungkin ada yang salah dengan pola makan Anda. Cobalah langkah-langkah ini agar program diet Anda sukses dan bisa tetap sehat.

Hal pertama yang perlu diingat adalah Anda harus tetap makan secara teratur. Makan teratur adalah salah satu aspek yang penting karena makan teratur bisa menjaga gula darah Anda tetap stabil. Dengan makan teratur, juga menjaga Anda dari kekurangan energi, punya mood yang stabil, dan meningkatkan metabolisme, demikian yang dilansir Health24.

Makanlah banyak serat dari sayuran dan buah-buahan. Gula alami yang ditinjauankan oleh sayur dan buah akan dikonversi oleh tubuh menjadi energi. Serat juga akan membantu menjaga perut Anda tetap kenyang. Dan saat Anda makan camilan, cobalah tetap menjaga porsi makan Anda dalam jumlah kecil.

Terkadang, kecenderungan kita untuk makan sangat sedikit siang hari dan makan besar di malam hari. Padahal pada malam hari, kita tidak membutuhkan energi terlalu besar seperti saat siang hari. Saat makan terlalu sedikit di pagi atau siang hari, maka Anda akan tetap merasa lapar pada malam hari. Kalori yang tidak terpakai akan disimpan dalam tubuh dan bisa menumpuk jadi lemak.
source

Selasa, 18 Februari 2014

Senin, 17 Februari 2014

Taktik si penarik kereta






BAGI pengendali trak penunda swasta, kemalangan jalan raya adalah rezeki. Sama ada kehadiran mereka diundang atau tidak di lokasi kejadian, kedatangan mereka dapat membantu menyelesaikan runsing di hati pemilik kenderaan yang rosak.

Malangnya, tidak semua pemandu mempunyai pendapat yang sama. Malah, ramai yang menggelar penyedia perkhidmatan trak penunda atau turut dikenali sebagai callman itu cekik darah kerana mengenakan caj melampau.
Justeru, ada yang sanggup menunggu lama di tepi jalan, menanti bantuan daripada ahli keluarga atau rakan bagi mengelak ditipu.
Bagi pemilik bengkel yang turut menyediakan perkhidmatan trak penunda, Aw Yong Sin Cheah, 34, dia sudah lali dengan tanggapan buruk itu.
"Label itu sudah lama melekat dan susah untuk dibuang daripada semua pemilik kenderaan.
"Mereka hanya percaya kepada syarikat penunda yang besar seperti AAM.
"Realitinya, tidak semua pengendali trak penunda cekik darah dan mengenakan bayaran yang tidak masuk akal.
Senyap-senyap
"Sebaliknya, kami menawarkan bantuan daripada menunda kenderaan ke bengkel, membuat laporan polis, tuntutan insurans dan membaiki kenderaan pada harga yang munasabah.
"Malah, jika kenderaan tersebut memiliki perlindungan insurans, pemilik tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran," katanya yang pernah nakal satu masa dahulu.
Sebelum memiliki perniagaan sendiri lapan tahun lalu, berbagai pekerjaan dilakukan Sin Cheah termasuk menjadi geng penarik kereta.
"Taktik mengambil kereta secara senyap memang kepakaran saya.
"Ada masanya mudah saja untuk menemui kereta yang dikehendaki pihak bank. Tapi ada juga kereta yang disorok hingga ke kawasan pedalaman.
"Pemilik juga ada banyak taktik bagi mengelak kenderaan mereka ditarik, antaranya menukar nombor plat.
"Jika bernasib baik, mungkin mereka terlepas. Tetapi banyak kali saya buat kerja secara senyap-senyap. Apabila kereta telah dikenal pasti, saya semak dengan pihak bank.


MASIH ramai pengendali trak penunda yang ikhlas membantu. – Gambar hiasan




"Jika betul, saya akan perhati keadaan sekeliling dan jika line clear, saya akan buka bonet depan kereta terbabit untuk melihat nombor casisnya.
"Andai sama dengan yang diberikan pihak bank, saya akan terus tarik kereta itu walaupun nombor platnya sudah ditukar dan tuannya tiada," ceritanya.
Selain sering bertekak dengan pemilik kereta, Sin Cheah juga tidak lepas daripada adegan pujuk rayu yang cukup melemaskannya.
"Pernah saya hendak tarik kereta, pemilik merayu agar kereta mereka ditarik minggu depan kerana isterinya sudah menunggu hari untuk bersalin.
"Mulanya saya bertegas untuk menarik sahaja kereta tersebut. Sedang suaminya sibuk merayu, isterinya yang berada di dalam rumah benar-benar sakit untuk melahirkan anak.
"Dalam keadaan suaminya yang panik, saya yang tidak sampai hati terus mempelawa untuk menghantar mereka ke hospital.
"Ketika dalam perjalanan, keadaan lalu-lintas sesak dari Jalan Kuching menghala ke Hospital Kuala Lumpur memaksa si isteri bersalin di dalam kereta saya.
Callman
"Peristiwa itu memang saya tidak boleh lupakan. Menurut kepercayaan orang Cina, bersalin dalam kenderaan akan membawa tuah kepada pemiliknya.
"Saya masih gunakan kereta itu sampai sekarang dan ia jarang meragam," katanya yang menolak dakwaan semua penarik kereta adalah gengster.
Demi mendapatkan hidup yang lebih baik, Sin Cheah membuat keputusan untuk berhenti menjadi penarik kereta dan bekerja dengan sebuah bengkel kereta.
Kini, dia sudah memiliki bengkel sendiri dan mengendalikan trak penunda di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.
Cerita Sin Cheah, sepanjang mengendalikan trak penunda, dia sudah banyak kali terserempak dengan kemalangan ngeri.
Namun, antara yang paling diingatinya ialah kemalangan yang melibatkan seorang pemandu mabuk.
"Pada masa itu saya sedang memandu lori. Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes di laluan bertentangan hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan saya.
"Mujur saya berada kira-kira 20 meter di belakang, jadi saya sempat menekan brek.
"Kereta yang dinaiki pasangan Cina itu remuk teruk. Sebahagian cermin hadapannya pecah manakala kepala pemandu lelaki itu tersembul daripada kereta.

SESETENGAH callman memang berlagak samseng. – Gambar hiasan



"Selepas keadaan tenang, saya dekati kereta itu untuk melihat sekiranya ada mangsa yang selamat.
"Namun tidak semena-mena, sebahagian cermin hadapan kereta yang masih melekat tertanggal dan terjatuh ke atas leher si pemandu.
"Apa yang saya ingat sampai sekarang, serpihan cermin yang besar itu telah memenggal kepala pemandu tadi hingga kepalanya jatuh tergolek di atas jalan," katanya yang demam selama beberapa hari selepas kejadian itu.
Dalam perbualannya bersama Jurnal baru-baru ini, Sin Cheah sempat memberitahu bahawa tidak semua penarik kereta atau pemandu trak penunda itu gengster.
"Masih ada yang ikhlas membantu walaupun ramai yang cuba mengambil kesempatan.
"Pesanan saya, jika berlaku kemalangan, perkara yang paling utama perlu dilakukan ialah membuat laporan polis seberapa segera yang mungkin.
"Sekiranya kereta masih boleh berfungsi, terus pandu ke balai polis berhampiran.

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm


Minggu, 16 Februari 2014

Kanye Wesy Dedah Wajah Anak


Pasangan terkemuka dunia, Kenya West isterinya, Kim Kardashian akhirnya memilih untuk mendedahkan wajah anak perempuan mereka, North West setelah dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

Tambah menarik apabila Kenya membuat pendedahan tersebut dalam rancangan temubual yang dihoskan oleh ibu Kim, Kris Jenner Show.

“Saya berharap supaya dia kelihatan seperti ibunya,” ujar Kanye sebagai tetamu dalam rancangan tersebut.


Malah, dilaporkan juga bahawa pendedahan tersebut dibuat dalam siri terakhir rancangan temubual itu.

Dalam pada itu, nenek kepada North West menyifatkan cucunya mempunyai ciri-ciri ibu bapanya.

“Dia (North) mempunyai mata seperti Kim, pipi seperti Kanye dan bibir gabungan antara kedua-dua mereka,” jelas Kris.

Pada masa yang sama, Kim turut memuatnaik gambar North di akaun rasmi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.

North dilahirkan pada 16 Jun lalu di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Baverly Hills.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: HollywoodLife.com

Sabtu, 15 Februari 2014

Zombie Calonkan Diri Sebagai Presiden Amerika

 A Zombie election

A. Zombie, kandidat pertama presiden Amerika yang secara sengaja mewakili zombie, dalam kampanyenya untuk memperjuangkan perawatan kesehatan untuk zombie

Calon presiden Amerika dari parti Demokrat, Barack Obama bersama lawannya dari Partai Republik Mitt Romney, sekarang mempunyai pesaing baru dalam perebutan tampuk pimpinan di negara Paman Sam itu.
Namun anda tak akan menyangka kalau saingan mereka tersebut adalah seorang Zombie.

Sebenarnya, dia tidak hanya seorang zombie. Dia adalah A. Zombie, dan dia menjalankan kampanye platform pro-zombie, dengan bantuan dari calon wakil presidennya, Noah Pulse.

Zombie memulai kampanye di San Diego pada    20/08 , yang dihadiri lusinan pendukungnya dan beberapa orang pejalan kaki.
Sekarang, ia memulai tour ke Dallas, Tampa, Florida, Charlotte, North Carolina, Atlanta dan New York dalam beberapa minggu ke depan
  manado today

Jumat, 14 Februari 2014

Bayi 2 Minggu Mati Dipukul Bapa


BELURAN – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. – BERNAMA

Kamis, 13 Februari 2014

HKR KL12 Merebak Ke London Seluruh Dunia




LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.

Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, ‘bebaskan media Malaysia, ‘bersihkan senarai undi’, ‘kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia’ dan ‘Jom balik undi’. Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.

Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan. Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.

Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen ‘Citizen Election Observers’ (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya)

Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia. Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah.( Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Rabu, 12 Februari 2014

Nikmatnya Kuliner Sate Klopo Di Surabaya

Sate ayam atau sate kambing tentu adalah hal yang biasa karena mudah dijumpai di berbagai daerah.


Namun untuk Sate Klopo atau Sate Kelapa, tentu cukup unik dan menarik. Selain tidak menggunakan daging kambing atau daging ayam, sate klopo ini hanya ada di kota Surabaya - Jawa Timur.
Saya menjumpai dan merasakan nikmatnya Sate Klopo ini ketika di suatu pagi hari menyusuri kawasan di sekitar Monumen Tugu Pahlawan.

Pada ruas jalan di sisi timur kawasan wisata sejarah ini, terdapat deretan pedagang kaki lima dengan berbagai jenis dagangannya.
Diantara pedagang tersebut terdapat dua orang dengan dagangannya berupa Sate Klopo yaitu yang berada di dekat Kantor Gubernur Jawa timur dan yang berada di dekat Gedung Lindeteves ( Bank Mandiri ). Saya memilih memesan Sate Klopo yang ada di dekat Gedung Lindeteves sembari menikmati keindahan bangunan gedung tersebut.
Ternyata cara pembuatan  sate Klopo ini pada dasarnya sama dengan pembuatan sate kambing atau ayam. Perbedaannya adalah pada jenis daging yang digunakan karena Sate Klopo ini menggunakan daging sapi.
Selain itu, sebelum di panaskan dalam pemanggangan di atas arang kayu yang membara, irisan daging sapi yang ditusuk pada sebatang tusuk sate itu dilumurkan pada parutan kelapa. Parutan kelapa itu sebelumnya juga sudah bercampur dengan menggunakan bumbu-bumbu tertentu.
Hasilnya, saat dipanasi diatas arang kayu,aroma kelapa dan bumbu-bumbu itu pun meresap di dalam daging sapi. Menimbulkan sensasi rasa yang cukup nikmat dan berbeda.
Bagi mereka yang belum pernah makan sate dengan menggunakan bahan daging sapi, tentu akan merasa sedikit aneh.
Yang menarik, penjual Sate Klopo tersebut yaitu Ibu Imamah tidak menggunakan sendok nasi  untuk mengambil  nasi dari wadah yang terbuat dari anyaman bambu. Dia mengambil nasi itu dengan jari-jari tangannya yang terbungkus kantung plastik bening.

Cara mengambil nasi yang unik itu mengingatkan saya pada teknik serupa yang digunakan oleh penjual Nasi Krawu di Kota Gresik. Sedangkan keranjang nasi yang digunakan sebagai tempat nasi mengingatkan saya pada penjual Nasi Boran di Kota Lamongan. 

Sate Klopo yang telah matang kemudian dilumuri dengan bumbu kacang yang dibuat dengan menggunakan kacang yang telah dihaluskan dan bumbu-bumbu lainnya. Pembeli sate Klopo bisa menuanginya dengan kecap untuk menambah selera.
Menurut Bu Imamah, usaha Sate Klopo yang ditekuninya itu merupakan usaha turun-temurun dalam keluarganya. Ia mengaku sudah membantu Ibunya berjualan Sate Klopo di tempat yang sama ini sejak dia masih remaja.
 
Dia mengaku tak ingat sejak kapan Dia ikut berjualan. Yang dia ingat saat itu harga seporsi Sate Klop masih berkisar Rp 205.
Bandingkan dengan harga seporsi Sate Klopo yang saat ini dia jual dengan harga Rp 8000 plus satu gelas teh hangat. Dengan harga yang murah meriah itu, tak heran jika Sate Klopo di warung lesehannya itu diminati oleh banyak pembeli. 




Bila Anda berkunjung ke Surabaya, jangan lupa untuk merasakan nikmatnya Sate Klopo ini sebagai kuliner khas di  Kota Pahlawan.  

====================

Baca juga dan Klik artikel menarik berikut ini  :

Menambang Uang Melalui Facebook dan Twitter

Peluang Mendapatkan Dollar Via Internet 

Museum Santet Di Surabaya

Tips Memasang Iklan Di Blog 

Share Status di Fb/Twitter Dapat Komisi 

Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban


Click Nikmatnya Oleh-oleh Khas Tuban


Artikel-artikel Menarik lainnya bisa Anda baca 

di Link berikut ini :

www.blogger.comblogspot.com