Minggu, 16 Februari 2014

Kanye Wesy Dedah Wajah Anak


Pasangan terkemuka dunia, Kenya West isterinya, Kim Kardashian akhirnya memilih untuk mendedahkan wajah anak perempuan mereka, North West setelah dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

Tambah menarik apabila Kenya membuat pendedahan tersebut dalam rancangan temubual yang dihoskan oleh ibu Kim, Kris Jenner Show.

“Saya berharap supaya dia kelihatan seperti ibunya,” ujar Kanye sebagai tetamu dalam rancangan tersebut.


Malah, dilaporkan juga bahawa pendedahan tersebut dibuat dalam siri terakhir rancangan temubual itu.

Dalam pada itu, nenek kepada North West menyifatkan cucunya mempunyai ciri-ciri ibu bapanya.

“Dia (North) mempunyai mata seperti Kim, pipi seperti Kanye dan bibir gabungan antara kedua-dua mereka,” jelas Kris.

Pada masa yang sama, Kim turut memuatnaik gambar North di akaun rasmi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.

North dilahirkan pada 16 Jun lalu di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Baverly Hills.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: HollywoodLife.com

0 komentar:

Posting Komentar