Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

Guna 200 000 semut mati untuk buat gambar


tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type

Chris Trueman 32 tahun telah mambeli semut dan kemudian membunuhnya.Semut -semut yang mati itu digunakan untuk mengubahsuai satu gambar potret seorang budak.
Dia pada mulanya cuba menangkap semut itu sendiri tetapi tidak mampu kerana lambat dan kemudian mengambil keputusan membelinya.(link)
Borak Kosong

Jumat, 14 Februari 2014

Bayi 2 Minggu Mati Dipukul Bapa


BELURAN – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. – BERNAMA

Jumat, 31 Januari 2014

Mati Selepas Menjuarai Pertandingan Makan Lipas

Seorang lelaki maut selepas memenangi pertandingan makan lipas hidup-hidup di Deerfield Beach, Florida oktober tahun lalu. Seperti yang kita tahu lipas adalah serangga yang dianggap pengotor dan menjijikkan, pasti ramai akan mengatakan euwww apabila mengatahui ada pertandingan seperti ini.



Tapi inilah yang berlaku apabila juara tersebut maut selepas memuntahkan semula berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup sejurus kemenangannya.

Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan.

Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama kemudian dia meninggal dunia.

Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan.

Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida.

Bagaimanapun, tidak seorangpun sakit selepas itu.

Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.”

Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tanda sakit sebelum pertandingan.

Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas.

“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan.

“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams.

Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold.

-DM