Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Februari 2014

Bayi 2 Minggu Mati Dipukul Bapa


BELURAN – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. – BERNAMA

Senin, 02 Desember 2013

Tahap Perkembangan Panda Dari Bayi Hingga Dapat Berjalan lucu gan


terselungkup- Anda pasti tahu hewan panda kan yang berasal dari negeri tirai bambu? hewan yang sangat lucu sekali..Nah berikut tahap perkembangan panda mulai dari lahir sampai umur 4 bulan..

Umur 2 Hari




Umur 7 Hari



Umur 25 Hari




Umur 30 Hari




Umur 35 Hari




Umur 40 Hari



Umur 80 Hari



Umur 90 Hari




Umur 120 Hari





sumber : http://tahukah-engkau.blogspot.com