Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan – Nik Aziz

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan - Nik Aziz


PETALING JAYA- Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
“Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.
“Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. – BERNAMA

Senin, 03 Februari 2014

Pemuda PAS ucap takziah tingkat keselamatan atlit

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah di atas kemalangan yang menimpa adik Muhammad Syafiq Imran Syahril (gambar), pelumba basikal Terengganu sehingga meragut nyawanya semalam.

Dalam kejadian pagi semalam, Allahyarham Muhammad Syafiq Imran sedang mengadakan sesi latihan rutin  bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh dan digilis sebuah treler di Kampung Bukit Guntung, Tepoh.

“DPPM menganggap kejadian yang berlaku ke atas Allahyarham Muhammad Syafiq sebagai suatu tragedi malang yang begitu tragis dan menyayat hati,” ujar Ketua DPPM, Nasrudin Hassan.

Katanya, ia adalah suatu suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya.

“Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada pasukan Terengganu dan juga negeri-negeri lain agar sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan peserta mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Ahli Parlimen Temerloh itu menasihatkan atlit sukan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa latihan mahupun perlumbaan supaya semua mereka mampu mengharungi acara yang dipertandingkan dengan selamat.

Katanya, kehilangan seorang pemain bererti sebutir bintang yang digilap juga telah hilang dan pergi sekelip mata.

Pastinya, kata beliau kehilangan beliau sukar dicari ganti kerana pasukan tersebut terpaksa mencari pelumba lain yang berbakat besar seperti Allahyarham Muhammad Syafiq.

“DPPM mengharapkan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian seberat ini dan turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi Allah sebagai hambaNya yang soleh jua,” ujarnya lagi.