Tampilkan postingan dengan label boleh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label boleh. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Nora Akui Nadeem Datuk Seri Nazri Lelaki Pilihan Boleh Dijadikan Suami

Nora Danish Akui Anak Datuk Seri Nazri Aziz Kawan Lelaki Paling Rapat

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish mengakui sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.
“Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya.
“Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, di sini pada Rabu.
Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan sedang intim.
Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya.
Bagaimanapun Nora berkata, hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.
“Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.
“Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Salimah Talib, 56, mengakui tidak pernah menghalang anaknya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.
“Saya tidak menghalang siapa pun lelaki pilihannya namun banyak menasihatkan dia agar berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki.
“Saya takut peristiwa lama berulang kembali, kalau boleh jika berkahwin kali kedua dengan lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya,” katanya. -Mstar.com.my

Jumat, 28 Februari 2014

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan – Nik Aziz

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan - Nik Aziz


PETALING JAYA- Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.
Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
“Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.
“Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. – BERNAMA

Jumat, 21 Februari 2014

Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib dihentikan


keadilandaily
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 27 Julai: Semakan ke atas perbelanjaan luar perancangan dan belanja tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri berjumlah RM11.8 bilion mengatasi jumlah cukai eksais dan cukai import yang dikenakan ke atas kereta.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu meliputi tiga kategori iaitu perbelanjaan di luar perancangan, peningkatan belanja mengurus Jabatan Perdana Menteri(JPM) dan peningkatan belanja pembangunan JPM.
“Contoh perbelanjaan di luar perancangan oleh Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 blion), Bantuan Kembali Ke Sekolah (RM530juta) dan Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta).
“Begitu juga pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia, serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang jelajah Janji Ditepati yang dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
 
Menurut Rafizi, sejak Najib menjadi PM pada 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh JPM juga naik mendadak.
“Secara puratanya dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012, perbelanjaan mengurus JPM telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RM4.6 bilion,” jelas Rafizi.
“Sebab itu KEADILAN yakin, rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan PM dihentikan,” katanya.

Tambah Rafizi, jumlah ini tidak termasuk pengumuman segera yang dibuat Najib di setiap kawasan yang dilawatinya, sepanjang jelajah Janji Ditepati.
“Ada tempat yang sepatutnya untuk mengagihkan duit ini kepada rakyat. Bukannya mengumumkan peruntukan segera dengan menggunakan program Janji Ditepati, seolah-olah duit ini, duit mereka,” tegas Rafizi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais yang diganti dengan sumber pendapatan baru akan diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mekanisme ini akan diumumkan Datuk Seri minggu depan sekembalinya beliau dari ibadah umrah,” kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com