Rabu, 18 Desember 2013

ND Lala Komen Gosip Cinta Shila


“Itu hak dia”. Itulah yang dikatakan oleh bapa kepada penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah apabila diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai gosip cinta anaknya dengan pelakon terkenal, Johan As’ari.

Menurut ND Lala, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat naik, Shila harus bijak menilai sesuatu perkara itu dengan lebih rasional dan menyifatkan gosip cinta anaknya itu adalah suatu perkara biasa.

“Kenapa sebut satu nama sahaja? Saya lihat ada banyak nama yang dikaitkan dengan dia (Shila Amzah).

“Sebagai manusia yang sedang membesar, dia akan melalui pelbagai proses. Bila seseorang itu lalui pelbagai proses, ada pelbagai bentuk cabaran yang dia akan lalui.

“Jadi, apa sahaja orang nak cakap, kita pulangkan balik itu sebagai hak dia (peminat).

“Tetapi ketika dia bercakap itu mendatangkan manfaat atau fitnah, hanya dia sendiri yang akan jawab,” katanya. – Ohbulan

0 komentar:

Posting Komentar