Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Tahlil Perdana Khas untuk Ulama Tahun ke 4 Pondok Ar Rahmaniah

TAHLIL PERDANA 
UNTUK 
ULAMA YANG BERSANAD DENGAN TUAN GURU HJ SALLEH MUSA 
PADA 
HARI JUMAAT 
BERMULA 8PAGI  KULIAH UMUM TN GURU SETERUSNYA TAHLIL PERDANA KHUSUS 
UNTUK 
GURU-GURU TN GURU HJ SALLEH MUSA 
TARIKH : 26 SYAABAN
bersamaan 5 JULAI 2013
Dijemput Hadir moga kita akan bersama mereka di Akhirat dengan pertalian majlis ini ameen 

Senin, 23 Desember 2013

Minta 20 tahun tak dapat elektrik akhirnya pindah

Harakahdaily, 03 Mac 2013
KULAI: Lebih 10 penduduk dan peniaga di  Jalan Simpang Renggam-Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam membuat keputusan berpindah selepas harapan mendapatkan bekalan elektrik sejak 20 tahun lalu tidak juga ditunaikan.

Mohd Ja’afar Sari peniaga buah-buahan yang dipetik NusajayaKini berkata, pelbagai kepayahan dihadapinya selama 20 tahun berniaga tanpa bekalan elektik.

Menurut Jaafar, beliau terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan untuk menghidupkan generator berbanding hanya RM100 jika menggunakan bekalan elektrik TNB.

Seorang lagi, Mohd Tan Chan Abdullah pemilik kilang papan terpaksa mengambil tindakan sama, dengan berpindah ke tempat lain.

Menurut Tan, beliau menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu apabila terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM 7,000 sebulan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB.

Mereka mendakwa, permohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan makluman juga telah dibuat kepada wakil rakyat berkaitan.

Namun sehingga kini kata mereka, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak terlibat.

Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik hanya berjarak dalam lingkungan 2 kilometer.

Tanah yang didiami penduduk di kampung ini juga didakwa berstatus Penempatan Berkelompok (GSA).

Masalah mereka ini turut diadukan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang turut turun melihat kepayahan mereka.

Justeru Suhaizan mendesak pihak bertanggungjawab mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini.