Tampilkan postingan dengan label itu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label itu. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014

Apa itu Akikah

 
picture credit to Terry Terikohs Blog

Pengertian Akikah

Akikah bermaksud penyembelihan binatang ternakan Al-Anam) sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Hukum Akikah

-Wajib jika seseorang itu bernazar
-Sunat muakkad ke atas ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut

Waktu akikah

-Afdal dilakukan ketika hari ke-7 selepas kelahiran bayi
-Harus pada bila-bila masa sehingga kanak-kanak itu baligh

Kadar Akikah

-Dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu, atau unta bagi kanak-kanak lelaki
-Seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu, atau unta bagi kanak-kanak perempuan

Syarat-syarat sah Akikah

-Berniat akikah ketika sembelih
-Menyembelih binatang ternakan
-Menyembelih ternakan yang tidak cacat
-Menyembelih ternakan yang cukup umur
-Memenuhi syarat-syarat sembelihan

Daging sembelihan Akikah

-Daging akikah sunat disedekahkan dalam keadaan masak
-Daging tersebut dimasak terlebih dahulu dengan masakan yang agak manis
-Bagi orang yang membuat akikah, daging tersebut boleh dimakan dan selebihnya disedekahkan

Binatang serta umur yang sah dijadikan akikah

-Kerbau (2 tahun)
-Biri-biri (1 tahun)
-Lembu (2 tahun)
-Kambing (2 tahun)
-Unta (5 tahun)

Sunat Akikah

-Memasak daging akikah dengan masakan yang manis
-Membaca doa ketika menyembelih
-Melakukan penyembelihan ketika matahari sedang naik
-Mencukur rambut bayi selepas upacara penyembelihan
-Melakukan akikah pada hari ke-7 selepas kelahiran
-Tidak memotong atau memecahkan tulang binatang akikah


Hikmah akikah
 
-Bersyukur kerana mendapat cahaya mata
-Mengeratkan hubungan kekeluargaan
-Dapat mendekatkan kanak-kanak yang baru lahir dengan perkara-perkara kebajikan
-Menggalakkan orang Islam beramal
-Berkongsi perasaan gembira